Monday, 1 November 2010

Sotong KangKung

Bahan- bahan
Dua Ikat Kangkung (dipotong panjang2)
Sotong Kembang (dipotong ikut suka asal boleh masuk ke mulut)
Timun

Mula2 didihkan air dan letak sedikit minyak dalam air tadi
Lepas itu celur kangkung dan sotong (Asingkan semasa mencelur)
Timun Dipotong Ikut Suka

Bahan2 Untuk Kuah :

Kacang Tanah digoreng tanpa minyak
(setelah itu diblend, tetapi jgn dihancurkan sgt)
Cili Kering digoreng tanpa Minyak (tumbuk dgn batu tumbuk sampai hancur)
Sedikit Kicap Pekat
Sedikit Air Asam Jawa
Sedikit Cuka
Sedikit Gula
Sedikit Garam
Petis/Otak Udang (kalau suka)
Belacan (kalau suka)

Untuk Membuat kuah campurkan bahan-bahan di atas dengan air panas, tak perlu ditumis dan setelah siap taburkan sedikit bijan dan kacang yang dah diblend ke atas kuah tadi..

Siap..boleh dimakan bersama kangkung/sotong/timun tadi...

No comments:

Post a Comment